Tiada Kompromi, Akan Terus Buru DAL4NG MyKad Palsu
Kerajaan memandang serius kes-kes membabitkan pemalsuan kad pengenalan (MyKad) sama ada melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ataupun s1ndiket tertentu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes pemalsuan MyKad bagi memburu dal@ng-dal@ng yang terlibat.
“PDRM dan JPN akan terus bekerjasama melalui ‘Ops Biru’. Kerajaan tidak akan sama sekali melindungi dan berkompromi terhadap sebarang salah laku berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum bahawa belakangan ini terdapat banyak terbitan atau posting di media sosial berkenaan MyKad palsu. Hamzah berkata, semua kenyataan dan gambar yang dimuat naik telah diteliti serta disemak oleh kementerian melalui JPN.
“Berkenaan satu laman sesawang yang mengiklan dan menjual MyKad palsu dalam talian satu laporan polis telah dibuat oleh JPN pada 1 Mei 2020. Siasatan dan tindakan lanjut bakal diambil oleh PDRM terhadap jenayah pemalsuan MyKad yang mencemarkan nama baik JPN.
“Selain daripada kes tersebut kementerian ingin menjelaskan bahawa gambar-gambar MyKad yang tular di media sosial pada ketika ini adalah gambar lama yang telah dimuat naik semula.
“Gambar-gambar tersebut mempunyai kaitan dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang pada tahun 2019. Bagaimanapun tiada gambar dan maklumat permohonan MyKad yang baharu dapat dikenalpasti,” katanya.
Beliau memaklumkan bahawa PDRM telah membuat tangk@pan terhadap individu-individu yang terlibat dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang dan semua tertud0h sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkam@h
Katanya, ekoran daripada penularan gambar-gambar lama tersebut terdapat juga desakan oleh beberapa pertubuhan dan individu tertentu yang menggesa kerajaan menukarkan MyKad sedia ada kepada MyKad baharu bagi menangani pemalsuan MyKad.
“Dalam hal ini JPN dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji penambahbaikan dan pembaharuan terhadap MyKad khususnya dari segi aspek ciri-ciri keselamatan.
“JPN juga telah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan mengetatkan proses semakan dan kelulusan dokumen pengenalan diri di samping memantapkan lagi pemantauan dalam sistem JPN,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memohon orang ramai untuk segera menghentikan penyebaran mesej-mesej yang bersifat berita palsu di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan rakyat.
“Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagaimanapun sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat terkini mengenai s1ndiket atau kegiatan pemalsuan MyKad, mereka boleh terus melakukan balas kepada KDN PDRM atau JPN secara langsung,” katanya.