Tiada Duit Sebab Covid-19, Bapa Nekad Jual Ginjal Demi Nak Bagi Keluarga Makan
Langkah setiap negara untuk menghadkan pergerakkan rakyatnya demi membendung Covid-19 sememangnya satu langkah yang bijak. Namun disebalik inisiatif tersebut, ada golongan yang diuji dengan kehilangan punca pendapatan.Berjalan sambil iklankan buah pinggang
Hal tersebut membuatkan sebahagian daripada mereka nekad melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk membeli makanan buat keluarga.
Jadi, menerusi media Indonesia iaitu Detik News, seorang lelaki dikenali sebagai Frans Larry Oktavianus, 43 telah berjalan kaki menyusuri jalan raya dengan menggantung sepanduk menjual buah pinggangnya.

Terpaksa lakukan demi keluarga
Perkara tersebut dilakukan kerana tiada sumber pendapatan disebabkan tidak dapat bekerja akibat Covid-19. Ini menyukarkan dia membayar hutang, sewa rumah serta membeli makanan untuk keluarga.
Jadi, solusi terakhir yang terfikir olehnya adalah dengan menjual buah pinggang demi mendapatkan duit dengan segera.
Pengurus kampungnya tak mengira, Larry nekat menawarkan ginjalnya pada saat dirumahkan dari pekerjaan akibat pandemi. Begini ceritanya: #Coronavirus news.detik.com/berita-jawa-te…
34 people are talking about this
Sepanduk yang digantung Larry itu tertulis bahawa dia ingin menjual buah pinggangnya adalah untuk membiayai perbelanjaan harian serta anak-anaknya. Dia turut memaklumkan bahawa dia bukan mahu mengemis.
“Berkah Dalem, maaf saya Frans Larry O ingin jual ginjal untuk nafkahi keluarga saya, melunasi hutang, pendidikan, kesehatan, tempat tinggal, makan agar keluarga saya tak diremehkan. Maaf saya bukan mengemis.”
Isteri minta hentikan
Namun begitu, dalam kenyataan lain pula, isterinya meminta suaminya agar menghentikan perkara tersebut. Dia berharap agar suaminya lekas pulang ke rumah dan sama-sama memikirkan cara lain bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.
"Harapan keluarga, suami saya pulang. Jangan jual ginjal. Itu bukan cara yang tepat sebab bukan solusi terbaik dan masih ada solusi lain," kata istri Larrry. #Klaten news.detik.com/berita-jawa-te…
24 people are talking about this
Susulan daripada itu, dapat kita lihat bahawa pendemik Covid-19 ini bukan sahaja menggangu kesihatan dunia, malahan membuatkan lebih ramai yang terpalit dengan masalah kewangan yang kritikal.
Semoga pendemik ini cepat berakhir bagi memacu kembali ekonomi dunia yang semakin meruncing.
