Alhamdulillah, Pasar Borong Selayang Kini Bebas Dari Genggaman Warga Asing


Dewan Perniagaan Minoriti (DPM) menyambut baik keputusan drastik Kementerian Wilayah Persekutuan membebaskan Pasar Borong Selayang dari genggaman warga asing dan mengutamakan warga tempatan.
Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Zulkifli Abdul Fattah, Menteri, Tan Sri Annuar Musa berjaya menyelesaikan isu lambakan pekerja asing di pasar berkenaan yang berlarutan sejak 20 tahun lalu.
Katanya, berikutan tindakan itu ramai majikan mula mengiklankan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan mendapat sambutan menggalakkan dari warganegara yang menganggur, termasuk gelandangan.
“Kami merakamkan penghargaan kepada Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat.
“Dari maklumat yang kami terima, iklan tersebut mendapat sambutan dan membuktikan rakyat tempatan tidak memilih pekerjaan kerana peluang pekerjaan mereka sebenarnya telah dirampas oleh warga asing.
“Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar borong itu berjaya memonopoli kawasan tersebut dalam jangka masa singkat. Ini berpunca pemegang lesen mencari jalan mudah menyewakan lot kedai kepada warga asing dan mengaut keuntungan ‘atas angin’,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.
Ahad lalu, Annuar dilaporkan berkata, kementeriannya mahu pengambilan pekerja asing di pasar borong seluruh negara dihentikan segera susulan laporan terdapat lebih 1,000 bekerja di Pasar Borong Selayang ketika ini.
Katanya, beliau sendiri tidak menjangka perkara itu berlaku selepas kawasan di sekitar pasar borong itu, yang majoriti dihuni oleh warga asing, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19.
Baca artikel penuh di pautan di bawah…
Kredit; https://malaysiagazette.com/