Rindu nak solat Jumaat, orang ramai rela sembahyang di luar pagar masjid

Sayu hati apabila melihat live solat Jumaat di Masjid Negara tengah hari tadi. Rupanya ramai yang rindu nak solat Jumaat dan dengar khutbah Jumaat.

Disebabkan yang hadir melebihi 30 orang, ramai yang ambil inisiatif sendiri untuk solat sahaja di luar pagar. Sedih tengok mereka tidak kisah solat berlapik simen yang panas. Tak kurang juga yang menjadikan surat khabar sebagai alas.

Mereka memang dah tekad dan rindu untuk berjemaah, apatah lagi untuk solat Jumaat. Amat tidak sangka perkara ini boleh terjadi di Malaysia.

Hanya Allah Maha Mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku. Moga mereka mendapat rahmat Allah. Dan semoga Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda buat mereka semua.

Harap langkah pertama ini berjaya, dan ramai yang akan dapat menunaikan solat Jumaat dan berjemaah untuk hari-hari seterusnya. Moga rumah-rumah Allah dapat dimakmurkan kembali.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Kaya dan Maha Mengasihani. Angkatlah wabak ini secepatnya dan pulihkanlah bumi ini. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, dan pandanglah kami dengan rahmat dan kasih sayang-Mu.

Sumber: Yuhanis Azam