“Ini baru Malaysia…” – Pihak masjid terharu dapat sumbangan daripada Lee Chong Wei

Meskipun bukanlah beragama Islam, namun bekas jaguh sukan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, baru-baru ini telah memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur.
Pemberian sumbangan itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook rasmi masjid tersebut, berserta dengan beberapa foto jaguh badminton itu ketika menghulurkan sumbangan. 

Terima kasih Lee Chong Wei

Terharu dengan sumbangan itu, menerusi status di Facebook pihak masjid menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lee Chong Wei yang telah sudi menghulurkan bantuan.
“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin…”

Wajar dipuji dah dihargai

Teladan murni yang ditunjukkan bekas jaguh badminton nyata mendapat pujian daripada netizen, rata-ratanya mendoakan yang terbaik buatnya.

Contoh yang baik buat Malaysia

Bila sama2 bergaul, baru faham sesama bangsa

Beginilah Malaysia, saling membantu tidak kira kaum dan agama, nilai seperti ini yang harus dipraktikan oleh seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini.